Ni kali kedua aku datang ke Zoo Negara. Kali pertama pada September 2018. Dah lama tak datang, rasa seronok dan excited untuk masuk sekali lagi. Compare dengan first time yang aku masuk dulu, ada lah jugak sikit perubahan yang aku dapat tengok. Kebanyakannya sama saja.
|
Zoo Negara Malaysia |
|
Pintu masuk Zoo Negara |
Banyak binatang-binatang yan korang boleh tengok di sini. Kalau nak ikutkan Zoo Negara ni sama je dengan
Zoo Taiping di Perak. Cuma bezanya di Zoo Negara, korang boleh tengok panda. Zoo Taiping takde panda. Panda ni special sikit kandang dia. Kandang saja dah berjuta. Kalau Zoo Taiping, ada night safari.
|
biodata panda Fu Wa |
|
biodata panda Feng Yi |
|
panda sekor ni tengah tidur terkangkang |
|
yang sekor panda ni pulak tengah makan buluh |
Panda ada dua ekor dan siap ada nama lagi. Sekor nama Fu Wa dan sekor lagi namanya Feng Yi. Panda di duduk dalam bangunan khas untuk diorang. Siap ada aricond lagi. Kalau korang pun nak rasa sejuk aircond, kena la masuk melawat panda dua ekor ni. Tiket dah cover dalam tiket yang mula-mula korang masuk tu. Masa mula-mula panda ni masuk malaysia, tiket kena bayar asing.
|
ni la banglo panda dalam zoo negara. Besar kan? |
Lain-lain binatang, banyak juga la. Budak-budak memang suka tengok binatang-binatang ni. Harimau kita boleh tengok dekat-dekat. Seram gak la. Dinding kaca je jadi penghalang kita dengan harimau tu. Ada la sikit binatang-binatang yang sempat aku snap untuk nak masuk dlm blog ni.
|
kuda belang |
|
zirafah |
|
seladang |
|
badak sumbu |
|
singa |
|
singa |
|
harimau |
|
harimau |
Benda baru yang ada waktu sekarang compare dengan yang lepas aku datang adalah RIMBA REPTILIA, iaitu tempat untuk tengok ular, biawak dan kura-kura. Yang rare kat sikit adalah kura-kura. Bukan biasa-biasa kura-kura ni. Kura-kura ni adalah KURA-KURA GERGASI.
|
bangunan rimba reptilia |
|
sangkar ular dan biawak |
|
kura-kura gergasi |
Dan banyak lain la haiwan lain.... so kena datang sendiri untuk tengok semua haiwan yang ada di zoo negara ni. Selain tu, setiap hari ada pertunjukan haiwan di sini. Waktu hari biasa, persembahan tersebut sekali je. Kalau waktu cuti Sabtu Ahad, akan ada dua persembahan dalam sehari.
GPS koordinat Zoo Negara : 3°12'36.7"N 101°45'33.1"E atau 3.210186, 101.759180
No comments:
Post a Comment