JOHOR PREMIUM OUTLETS yang beralamat di Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor merupakan tempat untuk orang ramai mencari barangan branded (berjenama) seperti baju, seluar, handbag, barangan bayi dan sebagainya. Johor Premium Outlets ni sama saja macam di Design Village Outlet Mall, Batu Kawan Pulau Pinang.
|
banyak kedai-kedai barangan berjenama di Johor Premium Outlets |
|
Johor Premium Outlets ni ada 2 tingkat untuk korang explore |
|
Johor Premium Outlets signboard |
Walaupun lokasi Johor Premium Outlets ni agak tersorok @ jauh dari jalan utama, namun ianya tetap menjadi buruan orang ramai untuk ke sini teutamanya golongan wanita kerana faktor sifat wanita yang suka bershopping, maka di sinilah tempatnya.
Jika datang pada waktu yang tepat, banyak kedai/outlet yang ada sale sehingga 70%! Masa ni kalau tengok hampir setiap pengunjung mesti pegang berbeg-beg hasil barangan shopping di Johor Premium Outlets ni.
|
sebahagian signboard jenama-jenama yang ada di Johor Premium Outlets |
Kaki shopping semestinya akan lepak dalam Johor Premium Outlets berjam-jam, apatah lagi terdapat restoran-restoran yang sedap-sedap untuk makan sambil berehat sebelum meneruskan misi bershopping.
GPS Koordinat : 1°36'13.2"N 103°37'18.2"E atau 1.603666, 103.621711
No comments:
Post a Comment