Restoran Berkat ni terletak di Sungai Petani, Kedah. Buka setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Pelanggan boleh datang ke restoran Berkat ni seawal 7.30 pagi dan tutup kira-kira jam 4.30 petang. Kalau datang waktu pagi, of course la sarapan pagi kan... datang tengahari, makan tengahari ler...
|
Restoran Berkat, Sungai Petani |
|
Restoran Berkat, Sungai Petani |
Apa yang menariknya restoran Berkat ni kalau korang datang sini, ada pelbagai jenis makanan yang ada di bawah satu bumbung ni. Ada kiosk-kiosk yang lain owner setiap satunya. Kalau nak makan makanan sup-sup ada... nak makan makanan yang goreng-goreng ada.... nak makan roti canai pun ada... nak makan cucur udang pun ada jugak... depa kata cucur udang di sini sempoi... nasi campur pun adooooo....
|
cucur udang |
|
roti canai |
|
bihun sup |
|
mee goreng |
itu antara makanan yang aku makan di sini... semuanya sedap-sedap belaka bak hang..... Recommended untuk korang datang sini. Boleh cari di Sungai Petani. Tak tahu dekat mana, jangan risau.... boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 5°38'23.3"N 100°29'10.8"E atau 5.639803, 100.486341
No comments:
Post a Comment