Kalau korang lapar dan nak cari restoran makanan untuk makan tengahari di Langkawi, korang tak perlu risau jika korang berada di area Kuah. Banyak restoran makanan tengahari yang ada di sini. Posting kali ni aku nak share tentang restoran Kak Tie Nasi Campur yang tak kurang hebatnya. Restoran Kak Tie Nasi Campur ni betul-betul bertentangan dengan stesen minyak petronas.
|
Restoran Kak Tie Nasi Campur |
|
Restoran Kak Tie Nasi Campur |
Aku kalau tengok restoran yang banyak lauk-pauk, masakan untuk juadah tengahari, memang aku suka la... Banyak pilihan masakan yangkita boleh pilih. Restoran Kak Tie Nasi Campur ni juga ada banyak pilihan lauk pauk untuk korang. Ikan bakar, ayam bakar pun ada.
|
pelbagai pilihan lauk-pauk dan masakan di Kak Tie Nasi Campur |
Banyak sangat lauk, last-last aku ambil ayam goreng jer..hahahaha.. letak kuah pajeri terung sikit, sayur dan ikan bilis sambal bersama kacang. Lepas tu aku try juga keli bakar. Tu je la menu makan tengahari aku di Kak Tie Nasi Campur.
|
nasi campur aku punya laaaa |
|
keli bakar |
Lokasi Restoran Kak Tie Nasi Campur ni adalah seperti berikut:
GPS koordinat :
6°19'43.5"N 99°49'30.0"E atau
6.328758, 99.824997
No comments:
Post a Comment