Selain aktiviti shopping di Langkawi, korang kena juga try aktiviti riadah lain yang best di Langkawi ni. Mungkin ada yang tak minat sangat nak shopping, shopping ala kadar saja. Jadi kepada yang bukan hardcore shopping, boleh cari aktiviti-aktiviti lain. Banyak di Langkawi ni. Antaranya, korang boleh try Mangrove tour. Memang sempoi bak hang!
Cerita aku bermula di sini......Aku booking bot di Jeti Tanjung Rhu. Booking bot private untuk keluarga aku je. Tak campur orang lain. Macam-macam harga, korang boleh survey. Aku dapat harga dalam RM180.
|
Jeti Tanjung Rhu, Langkawi |
Check point mangrove ni sama je kalau korang naik dari jeti yang lain. Cuma route saja berbeza-beza. Perjalanan dari Jeti Tanjung Rhu bermula dengan round di tengah laut. Takde la betul-betul tengah laut, masih nampak lagi pulau-pulau.
|
Naik bot cross laut |
|
Kilim Geoforest Park |
Singgah di Kilim Geoforest Park, tempat wajib untuk ambil gambar. Ambil gambar atas bot je berlatar belakangkan bukit tersebut.
Kemudian perjalanan diteruskan lagi ke destinasi berikutnya iaitu ke gua kelawar. Gua kelawar ni, kita boleh masuk. Tapi nak masuk kena bayar tiket dulu dan korang juga boleh sewa torch light sebab nak masuk dalam gua tu gelap sikit.
|
Jeti gua kelawar
|
|
laluan dalam gua kelawar, boleh tengok kelawar tidur. |
|
laluan yg selesa disediakan, tak perlu extreme sangat nak masuk gua |
Selepas dah jelajah gua kelawar, destinasi seterusnya adalah sangkar ikan. Di sangkar ikan, korang boleh merasa untuk bagi ikan makan secara touching ikan tu... yang paling seram nak bagi ikan pari makan la..hihihi... Korang juga boleh tengok ikan kerapu gergasi, ikan nyok-nyok, siakap, jenahak dan banyak lagi. Selain tu sebelah sangkar ni ada restoran. Boleh tangkap ikan fresh dan masak terus di restoran tu. Aku minum-minum je di situ.
|
sangkar ikan |
|
ikan-ikan laut yang besar-besar |
Destinasi seterusnya selepas sangkar ikan, adalah gua buaya. Jangan takut, takda pun buaya, nama je gua buaya. Di gua buaya ni tak perlu turun bot. Duduk je atas bot. Bot masuk sekali dalam gua tersebut.
|
gua buaya |
Keluar gua buaya, terus dapat tengok permandangan cantik hutan bakau. Laluan sekarang ni pulak menyusuri hutan bakau. Cantik pokok-pokok bakau sebab semuanya masih terjaga dengan baik.
|
menyusuri hutan paya bakau |
Nanti ada satu laluan yang sempit, banyak monyet-monyet di kiri kanan bot. Kalau korang bawa biskut, boleh la bagi monyet makan. Tapi seram gak la.... monyet siap berenang nak naik bot..hihihi
Then korang akan jumpa satu kawasan laluan sempit antara dua bukit. Dekat sini pun tempat wajib untuk ambil gambar sebab permandangan yang cantik bukit tu.
|
laluan antara dua bukit |
|
permandangan cantik di laluan bukit tersebut |
Destinasi terakhir mangrove tour ni, kami ke lokasi helang. Di kawasan tersebut banyak sekali burung helang yang bertenggek atas pokok bakau. Yang menariknya, bila tengok helang-helang ni turun cari makan kat laut. Depan-depan bot kami... sangat cantik permandangan tersebut. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
|
Helang-helang turun cari makan di laut |
Selesai tengok helang, kami pun balik semula ke jeti Tanjung Rhu. Sepanjang perjalanan pun masih dapat lihat permandangan yang cantik. Pemandu bot cakap kalau nasib kami baik, boleh tengok ikan lumba-lumba (dolphin). Tapi malangnya ikan lumba-lumba tak muncul kat kami..hihi...
|
kembali ke jeti Tanjung Rhu |
Begitu la perjalanan mangrove tour aku dan family aku. Satu pengalaman yang best! Korang bila lagi? Kalau korang nak naik di jeti tanjung rhu, aku sertakan disini GPS koordinat dan google map untuk korang lokasi tanjung rhu ni.
GPS koordinat : 6°27'19.7"N 99°49'34.2"E atau 6.455457, 99.826168
Pernah pergi mangrove tour ni..memang best!
ReplyDeleteAda contact number? For the tour
ReplyDelete