Restoran Nasi Malam Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang |
Restoran Nasi Malam yang terletak di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang ni menyediakankan menu nasi campur. Tapi bukan nasi campur untuk makan tengahari ek... Nasi campur ni untuk makan malam. Jarang ada kedai makan yang menyediakan nasi campur waktu malam. Jadi, jika nak makan nasi campur, boleh lah datang ke Restoran Nasi Malam ni.
Selain nasi campur, ada juga menu goreng-goreng di sini. Mana la tau kot-kot ada yang tak boleh makan nasi campur waktu malam kan....
Restoran Nasi Malam Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang |
Menu-menu nasi campur banyak jugak di Restoran Nasi Malam ni. Petang-petang memang menjadi tumpuan orang ramai sama ada beli bungkus ataupun makan je di situ. Parking pun ada luas dan selesa disediakan.
Banyak kan lauk untuk nasi campur? sebab tu orang selalu datang restoran ni, rare sikit menunya untuk makan malam. Biasanya malam dikebanyakkan restoran, menu adalah masakan ala thai.
Kepada yang nak datang makan nasi campur waktu malam, boleh la datang ke Restoran Nasi Malam di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.
pelbagai menu lauk-pauk untuk nasi campur |
lauk-pauk, ulaman, sayur |
nasi campur |
nasi goreng telur mata |
koay teow goreng |
gps koordinat : 5°29'50.2"N 100°26'19.9"E atau 5.497274, 100.438863
No comments:
Post a Comment