Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
Makan roti canai kayu arang famous di Kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka
roti canai dimasak menggunakan kayu arang
Sarapan pagi di Warung roti canai kayu arang yang terletak di Kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka memang rare dari yang lain. Apatahnya, cara diorang masak roti canai mengunakan dapur arang bukan dapur gas pada kebiasaanya. Dengar nama pun dah unik 'roti canai kayu arang', so berdoyon-doyon la manusia nak mencuba makan roti canai ni, tambah-tambah pulak kalau cuti sekolah atau cuti umum yang panjang. Penuh kedai beb.
ramai orang di warung roti canai kayu arang
roti yang selalu orang order adalah roti canai dol. Kenapa dol? aku pun tak tahu..hahaha.. roti canai dol ni atas roti canai diletak dua biji telur goyang yang ohsem. Tengok gambar dibawah ni camna rupanya roti canai dol.
roti canai dol
Selain roti canai, ada juga makanan-makanan lain yang dijual disekeliling warung roti canai kayu arang ni. Sambil tunggu roti canai sampai, makan yang lain dulu. Datang sini mestilah makan roti canai la kan....
Kalau ramai orang yang tak best tu, orang akan tunggu sebelah meja kita untuk tunggu giliran nak duduk. So, kalau korang dah habis makan, jangan dok lepak lama sangat kat meja tu, kasi orang lain pulak nak makan.
Boleh tengok video dibawah ni keadaan warung roti canai kayu arang waktu ramai orang datang.
roti canai biasa
lotong sambal
otak-otak
pelbagai jenis kuih
Ok lah, kolau korang nak datang sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang. Korang boleh parking tepi jalan je atau korang kena masuk kampung sikit. Ada kawasan parking disediakan khas untuk pelanggan-pelanggan roti canai kayu arang ni.
arah parking roti canai kayu arang
kawasan parking roti canai kayu arang
gps koordinat warung roti canai kayu arang, Melaka : 2°13'16.5"N 102°14'21.9"E atau
No comments:
Post a Comment