Warung Nasi Bajet, Kuala Terengganu |
Saja je aku nak up Warung Nasi Bajet Kak ni. Warung ni taklah se femes kedai-kedai makan yang viral ke apa ke... Cuma aku nak cakap sarapan di sini memang sedap dan juga murah sesuai dengan nama warung pi Nasi Bajet.
Selain lauk pauk ataupun masakan yang banyak (sesuai la dengan warung), korang diberi pilihan sama ada nak makan nasi putih (biasa), nasi lemak ataupun nasi minyak. Aku pilih nasi minyak sebab agak rare la aku rasa untuk makan nasi minyak waktu sarapan pagi. Mungkin orang terengganu dah biasa kot.
3 jenis nasi bersama pelbagai pilihan lauk/masakan |
nasi minyak bersama lauk paru sambal, telur mata, sambal dan sedikit budu |
gps koordinat: 5°24'04.1"N 103°05'30.5"E atau 5.401135, 103.091810
No comments:
Post a Comment