|
Restoran Kak Sal Kelate, Permatang To' Kandu |
|
Restoran Kak Sal Kelate ni, depan rumah jer |
Restoran Kak Sal Kelate ni adalah restoran yang berasaskan makanan orang Kelatan. Lokasi restoran Kak Sal Kelate ni adalah di Permatang To' Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kak Sal Kelate ni betul-betul bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu. Ada satu lagi restoran masakan kelantan kalau korang nak cuba iaitu
Restoran Anggerik Desa yang terletak di Seberang Jaya.
Kebanyakan menu masakan dan makanan kelantan ada di sini. Nak nasi kerabu pun ada, nasi dagang, kuih-kuih kelantan, megi sup kelantan dan teh ais madu yang banyak buih pun ada di Restoran Kak Sal Kelate ni.
|
antara lauk makanan tengahari |
Jadi bila korang makan di sini, boleh la nak feeling-feeling makan di Kelantan.
Makanan-makanan lain seperti aneka bubur, goreng pisang, ubi goreng pun ada. Tak lupa juga pulut mangga atau pulut durian.
So, menu aku untuk tengahari ni, aku pilih untuk makan nasi kerabu, megi sup daging, roti cicah kuah durian, goreng pisang dan tak lupa teh ais madu (teh beng) buih leleh.... terbaik...
|
nasi kerabu Kak Sal Kelate |
|
megi sup daging |
|
goreng pisang |
|
roti cicah kuah durian |
|
teh ais madu (teh beng) buih leleh |
Kepada yang nak makan masakan kelantan, boleh la datang ke sini. Restoran pun ada luas dan selesa. Diorang ada sistem nak bagi kurangkan panas waktu tengahari. Semburan air atas bumbung. Senang je nak cari Restoran Kak Sal Kelate sebab bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Permatang To Kandu dan bertentangan dengan stesen minyak shell. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.
gps koordinat : 5°23'39.5"N 100°25'03.1"E atau 5.394297, 100.417537
No comments:
Post a Comment