Restoran Big Tas' Tea, Bandar Perda, Bukit Mertajam

Big Tas' Tea, Bandar Perda, Bukit Mertajam

Big Tas' Tea, Bandar Perda, Bukit Mertajam
Korang mencari-cari restoran western food di area Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan seangkatan waktu dengannya???
Jangan takut jangan segan, ada banyak restoran western food yang sempoi dan best di area tersebut.
Antara yang ada di sini, korang boleh try barastar cafe, DeBob cafe dan banyak lagi lah..
Tapi untuk posting ni aku nak cerita sikit pasal restoran Big Tas' Tea. Sebenarnya aku dah pernah makan di Restoran Big Tas' Tea di Pokok Sena Kepala Batas. Yang dekat Bandar Perda ni kira macam copy paste je. Menu semua sama.
Kalau di Restoran Big Tas Tea di pokok Sena aku makan set hidangan jumbo (set A), di Bandar Perda ni pun aku order menu yang sama. Maklumla bawa tentera ramai.. tak boleh la nak order sorang satu hidangan. Kopak beb...
Selain tu aku ambil la sikit sepotong kek dan sepinggan tambahan alfredo pasta. Air mocha dan air dari set hidangan set A.
pilih kek yang mana korang suka

cake chocolate ganache

alfredo pasta

set hidangan jumbo (set A) - now you see!

set hidangan jumbo (set A) - now you don't!

Air mocha dan air set hidangan A
Ada banyak lagi menu yang best dan sedap. Korang boleh rujuk buku menu yang aku dah snap di Restoran Big Tas' Tea Pokok Sena. Untuk peminat-peminat makanan western food ni, restoran ni recommended. Boleh bawa famili datang makan di sini.
Sebagai panduan untuk korang datang ke Big Tas tea Bandar Perda ni, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.
gps koordinat : 5°21'59.7"N 100°25'45.9"E atau 5.366576, 100.429408

1 comment:

  1. big tas tea sungai petani merupakan satu rangkaian francais dan mostly ada di bahagian utara Malaysia seperti Kelantan, Sungai Petani, Ipoh, Penang dan semestinya di Arau, Perlis. Awalnya BIG tas'TEA hanya menyediakan khidmat untuk minuman-minuman yang viral, tapi ditambahbaik dengan pelbagai jenis menu yang sedap dan harga berpatutan!

    ReplyDelete