Pantai Teluk Kemang, Port Dickson |
Pantai Teluk Kemang, Port Dickson |
Apa yang menarik di Pantai Teluk Kemang? Pantai teluk Kemang ni terletak di Port Dickson Negeri Sembilan. Memang sejak turun temurun lagi, Port Dickson terkenal dengan pantainya yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai. Rasanya semua rakyat Malaysia tahu tempat ni. Cumanya ada yang pernah sampai dan ada yang masih belum pernah sampai ke sini.
Pantai teluk Kemang ni akan menjadi sesak dengan manusia apabila tiba musim cuti sekolah ataupun cuti peristiwa tertentu. Kena bersedia la dengan keadaan yang kurang selesa terutamanya untuk ke bilik mandi. Bilik mandi pun sesak. Kadang-kadang sampai air tangki habis.
Pantai teluk Kemang ni sesuai untuk budak-budak nak mandi sebab ombak pantai tidak begitu ganas disamping pantainya yang landai dan tidak dalam. Cuma kena hati-hati sikit takut terpijak cengkerang digigi pantai.
Selain tu, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti yang lain seperti banana bot dan sebagainya. Pelampong tayar juga boleh disewa di sini.
Jalan seksa dengan parking terhad |
Jika lapar, jangan takut. Ada banyak kedai-kedai makan yang boleh disinggah di sepanjang Pantai Teluk Kemang. Jika datang dengan family yang besar, untuk keselesaan, dicadangkan untuk sewa Khemah (macam khemah pasar malam tu). Jadi takde la panas sangat kalau tengahari kan. Boleh juga buat BBQ atau aktiviti memasak.
Kepada yang plan nak ke Pantai Teluk Kemang ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map sebagai panduan.
gps koordinat : 2°27'15.2"N 101°51'20.2"E atau 2.454228, 101.855600
No comments:
Post a Comment