|
Pintu masuk utama Ana Ikan Bakar Petai |
Satu lagi destinasi tempat makan best yang aku terjah. Kali ni di Ana Ikan Bakar Petai yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Ana Ikan Bakar Petai ni betul-betul bersebelahan dengan Balai Bomba. Korang boleh cari juga landmark Balai Bomba Bandar Baru Bangi ni, end up korang akan jumpa jugak Ana Ikan Bakar Petai nih.
|
orang ramai tengah makan di Ana Ikan Bakar Petai |
Ana Ikan Bakar Petai ni buka setiap hari bermula dari pukul 5 petang hinggalah ke pukul 12 tengah malam. Cuti pada hari-hari tertentu sahaja.
Disebabkan Ana Ikan Bakar Petai ni mula beroperasi jam 5 petang, jadi sesuai la untuk korang nak makan malam. Ikan-ikan bakar ni memang selera lain macam kalau makan malam.
Kawasan Ana Ikan Bakar Petai ni agak luas jugak la. Tempat Parking pun disediakan.
|
ikan/makanan laut yang segar beserta dengan harga pasaran |
|
pilih sendiri ikan, timbang dan bagitau nak masak apa |
Korang nak makan ikan ke, udang ke, sotong ke, ketam ke, pari ke, dan macam-macam lagi makanan laut, korang boleh pilih sendiri. Lepas tu kena bagitau diorang korang nak diorang masak macam mana. Nak bakar or masak biasa...terpulang la menu apa yang korang suka.
Aku pilih ikan pari, ikan siakap dan sotong. Pari bakar, ikan siakap dimasak siakap tiga rasa, sotong minta diorang buat sotong goreng tepung. Tambah sikit sayur kailan ikan masin dan telur dadar.
|
pari bakar, pari dibalut dengan daun pisang dan dibakar |
|
pari bakar yang dibuka daun pisang...dimasak dengan sambal petai |
|
sotong goreng tepung |
|
siakap tiga rasa |
|
kailan ikan masin |
|
telur dadar |
Perghhh....memang sedap ikan bakar...memang ada petai dalam ikan bakar tu..Sambal ikan bakar tu pun sedap. Rekemen untuk korang datang sini. Ada surau disediakan di Ana Ikan Bakar Petai ni. Kepada yang nak datang ke sini, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 2°56'11.1"N 101°45'45.8"E atau 2.936414, 101.762716
No comments:
Post a Comment