Sate Kajang Haji Samuri - daging, ayam, perut, hati |
Salah satu cawangan Sate Kajang Haji Samuri yang korang boleh datang sekiranya korang berada di Shah Alam adalh di Kompleks PKNS Shah Alam. Kompleks PKNS ni adalah salah satu bangunan yang paling lama yang bertapak di Shah Alam ni. Dulu-dulu sebelum bangunan-bangunan lain wujud, Kompleks PKNS ni la tempat tumpuan orang ramai. Kalau budak-budak U tu, tempat dating la....
Berbalik dengan sate kajang ni, Restoran sate kajang haji samuri ni berada dekat depan sekali. Dekat dengan pintu masuk PKNS.
Kompleks PKNS Shah Alam |
restoran sate kajang hj samuri, masuk je kompleks PKNS, tengok belah kiri korang... |
Yang special di sini, selain sate kajang, ada juga makanan lain yang diorang offer. Korang boleh makan mee goreng, mee bandung, nasi goreng ayam, nasi goreng pattaya, nasi ayam dan banyak lagi lah.
kena beratur panjang nak ambil order |
senarai menu yang ada di restoran haji samuri Kompleks PKNS nih |
Selain sate kajang, aku juga order makanan-makanan yang lain. Antaranya seperti gambar kat bawah ni.
nasi goreng ayam |
mee bandung |
So, kalau korang dah ada di area Shah Alam dan korang malas nak pergi ke Kajang (restoran asal sate kajang haji samuri), boleh je datang ke cawangan Sate Kajang Haji Samuri di PKNS Shah Alam ni. Kualiti adalah sama jer (owner sate kajang, Haji Samuri cakap la dalam video yang diorang tayang dalam restoran tu).
Yang tak biasa dengan Shah Alam, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 3°04'10.4"N 101°31'02.3"E atau 3.069553, 101.517307
No comments:
Post a Comment