Town Steel Kitchen, Bandar Perda Pulau Pinang |
Town Steel Kitchen, Bandar Perda Pulau Pinang |
Waktu Operasi :7:00 pagi-11.30pagi (Breakfast Meal) & 12:00 tengahari - 11 malam. Dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad. Lokasi restoran Town Steel Kitchen ni terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang. Berdekatan dengan Hospital KPJ.
Restoran Town Steel Kitchen ni menyediakan sarapan pagi. Sarapan pagi di sini pun sedap gak la... Antara menu sarapan pagi yang ada adalah roti bakar, nasi goreng kampung, koay teow goreng...boleh rujuk menu dalam gambar di bawah.
Kalau sebelah petang, menu utama diorang adalah western food. Banyak menu yang best-best dan sedap-sedap.
Selain tu, Restoran Town Steel Kitchen juga menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya birthday party, suprise party, outside catering dan sebagainya.
Gambar kat atas tu menu sarapan pagi aku di sini. Rasa sedap gak la nasi goreng kampung tu. Menu-meu lain sarapan pagi, boleh tengok menu di bawah.
Menu western pun tak kurang hebatnya. Sebelah petang ke malam, baru korang boleh order menu western ni. Kat bawah ni antara menu western diorang la....
Memang berbaloi. Kepada yang nak datang sini, boleh la cari restoran Town Steel Kitchen ni di area Bandar Perda Pulau Pinang. Bulan Ramadhan pun diorang ada buka untuk berbuka puasa. Aku sertakna gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang mencari.
Char Ho Fan |
nasi goreng kampung |
teh tarik madu (ais) |
cili potong penyedap rasa |
menu sarapan pagi |
menu minuman |
western food |
gps koordinat : 5°22'04.4"N 100°26'07.4"E atau 5.367890, 100.435392
No comments:
Post a Comment