Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland |
Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland |
Satu-satu taman yang agak luas dan selesa di Cameron Highland, korang boleh singgah di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland, yang terletak di Tanah Rata.
Tak macam tempat lain la, walaupun ramai orang datang, takde la sampai nak bersesak-sesak. So, boleh enjoy dengan tenang segala flora dan fauna yang terdapat di sini.
Dan bunga-bunga yang beraneka warna di sini ditanam di dalam kawasan berbumbung. Jadi kalau pun hujan, korang boleh berteduh.
Taman Mardi di Cameron Highland ini juga cukup mesra pengunjung. Kalau korang sudah letih melayan bunga dan anggur, korang juga boleh menjamu selera di kafenya, membeli cenderahati atau solat di surau Mardi. Untuk anak-anak, ada taman permainan kecil untuk mereka berseronok.
Pendek kata, kalau ke Cameron, tapi hanya singgah ke kebun persendirian, tapi tak ke sini, memanglah korang silap jalan la.
kebun-kebun bunga, herba dan sebagainya |
terdapat juga ladang teh di sini |
Korang boleh panjat ladang teh tu sampai ke puncak...dari puncak tu dapat tengok permandangan Taman Agroteknologi dari atas. Jangan takut nak panjat, memang ada laluan tangga untuk ke atas. Bagi anak-anak yang suka arnab, boleh bagi makan arnab. Makanan arnab kena beli ek, bukan makanan sendiri.
kebun sayur pun ada |
ada kawasan padang yang luas dan juga ada taman permainan untuk kanak-kanak |
lorong jalan kaki yang cantik |
mini kicir air |
Taman ini sebenarnya dibuka penjajah Inggeris pada 1925. Dan mereka gunakan sebagai pusat penyelidikan tanaman-tanaman seperti teh.
Kalau korang suka sejarah, ini sedikit fakta. Pokok teh terawal yang ditanam di Malaya masih boleh dilihat di sini. Kilang memproses teh tertua di Malaysia pun ada di dalam taman.
Cuma walaupun tempat ini masih boleh menghasilkan teh, kawasan kilang kecil ini tidak dipromosi seperti ladang Teh Boh atau Bharat.
Taman ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Tapi jika cuti umum, Isnin pun diorang buka.
gps koordinat : 4°28'04.7"N 101°23'05.0"E atau 4.467961, 101.384733
No comments:
Post a Comment