Sup kepala ikan terbaik Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan

signboard Warung Pak Mat Pokok Pisang dekat simpang jalan
Tempat makan tengahari yang menjadi tumpuan orang ramai di Kota Bharu, Kelantan salah satunya adalah Warung Pak Mat. Warung Pak Mat ni terletak luar sikit dari Bandar Kota Bharu. Walaupun namanya 'warung' tapi sebenarnya Warung Pak Mat ni, bukanlah sekadar warung-warung biasa. Mungkin pada nama warung tapi kalau dah datang, bukan warung sebenarnya.
Kasawan makan warung pak mat
beratur panjang nak order sup kepala ikan
Orang datang ke sini sebab nak makan sup kepala ikan. Sup kepala ikan memang terbaik sedap la... Sup tu bukan sekadar kepala ikan jer, tapi ianya dicampur sekali dengan daging. Dihidangkan dalam mangkuk yang besar, memang puas hati la nak makan. Harga kepala ikan ikut saiz. Untuk saiz yang kecil, harga semasa di antara RM50 - RM85 manakala untuk saiz yang besar harganya diantara RM85 - RM130.
pilih kepala ikan, pastu akan di rencahkan sampai sedap
Nak order sup kepala ikan ni kena beratur panjang...masa aku datang ni agak panjang la jugak...tapi pasti untuk hari-hari yang lain... yang specialnya setiap yang kita order tu, perisanya ataupun bancuhan perasanya dibuat secara berasing ikut order masing-masing. Biasanya kalau kat kedai lain, nak ambil sup, ambil je la kan sebab semua perasa, perisa dah diadun sekali masa nak masak.
Then lepas dah order sup kepala ikan ni, next step korang kena pi ambil nasi...nasi kosong yang diletak timum dan sambal. Pastu makan dengan sup tadi.... memang terbaik sedap! 
Satu lagi yang special di Warung Pak Mat ni, Teh Ais Madu yang buih meleleh...sedap beb...orang tempatan panggil teh beng tarik madu.
Sup kepala ikan + daging
Warung Pak Mat Pulau Pisang ni jugak pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Plat JJCM TV3 korang boleh nampak tergantung dekat kaunter bayar.
kalau nak datang sini, walaupun parking yang disediakan banyak, tapi jika waktu puncak, parking sentiasa penuh...jadi kena bersabar la sikit...Warung Pak Mat Pulau Pisang tutup pada hari Selasa.



teh beng madu (teh ais madu)

nasi kosong+timun+sambal

Jalan-Jalan Cari Makan TV3
Kepad yang nak datan ke sini, aku sediakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps warung pak mat pulau pisang : 6°10'56.1"N 102°14'47.5"E atau 6.182240, 102.246537

1 comment:

  1. oleh kerana sup kepala ikan inilah, saya baru book hotel di kota bharu utk lawatan minggu depan lol

    ReplyDelete