Kak Pah Nasi Dagang Batu Burok, Kuala Terengganu |
Sudut selera Kak Pah, gerai no 30 |
Salah satu tempat makan nasi dagang yang sedap di Terengganu adalah di Batu Burok. Dari pembacaan majoriti blog yang review Kak Pah Nasi Dagang ni, di sinilah terletaknya restoran Nasi Dagang paling sedap di Kuala Terengganu iaitu Sudut Selera Kak Pah. Bagi peminat-peminat nagi dagang, ramai yang memuji dan mengatakan ianya memang sedap dan sukar mencari nasi dagang berkualiti seperti ini.
Alamat kedai Kedai Nasi Dagang Kak Pah ialah Gerai nombor 30 di deretan kedai makan di Pantai Batu Burok.
Selain daripada Nasi Dagang, restoran ini ada juga menjual Nasi Lemak sebagai pilihan. Ini mungkin bagi mereka yang inginkan kelainan menu lain untuk bersarapan. Nasi Lemaknya juga dipuji sebagai menu yang sedap.
Menu di sini hanya dijual khas untuk sarapan sahaja. Kedai ini dibuka seawal pukul 8.30 pagi. Walau bagaimanapun, Nasi Dagang dan Nasi Lemak di sini biasanya akan habis terjual sekitar jam 10.30 pagi. Dikatakan juga nasi dagang di sini cepat habis, so kalau nak merasa makan nasi dagang terbaik, kenalah datang awal. Beratur panjang beb.
Beratur panjang nak makan nasi dagang |
Plat JJCM TV3 |
nasi dagang |
nasi dagang |
Kepada yang nak singgah sarapan pagi di Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang. Dah sampai Kuala Terengganu, wajib cari nasi dagang ni..baru lengkap percutian korang.
gps koordinat : 5°19'11.4"N 103°09'14.6"E atau 5.319821, 103.154052
No comments:
Post a Comment