|
Yati Ayam Percik Kota Bharu Kelantan |
|
waktu operasi |
Restoran Yati Ayam Percik adalah salah satu restoran yang patut dikunjungi. Restoran ini juga turut menyediakan nasi kerabu dan nasi putih dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam goreng kampung, gulai daging kawah, solok lada dan berbagai-bagai lagi.
Hidangan special di kedai ini sudah pasti ayam perciknya yang lembut dan lazat. Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.
Waktu operasi Restoran Yati Ayam Percik ni bermula dari pukul 10 pagi hingga 6.30 petang pada setiap hari. Cuma hari Jumaat tutup sekejap antar pukul 1 tenghari hingga pukul 2 petang untuk solat Jumaat.
Jadi misi aku kali ni di Yati Ayam Percik, mesti la nak rasa ayam percik diorang tu yang sering diperkatakan netizen. Bila dah makan tu, baru aku boleh confirmkan yang netizen cakap tu memang betul. Ayam yang lembut dengan sos yang sedap...dan ahkirnya aku terpaksa order lagi sebab tak cukup makan satu jer. Korang boleh jugak makan ayam percik ni dengan nasi kerabu.
|
ayam percik |
|
ayam percik |
|
boleh makan ayam percik dengan nasi kerabu |
Satu lagi menu yang aku suka di sini iaitu daging bakar. Daging bakar yang juicy macam daging bakar harimau menangis. Memang terbaik. Dah la aku ni perminat daging bakar harimau menangis.
|
daging bakar |
List dalam gambar kat bawah ni, antara menu-menu lain yang ada di sini.
|
list menu dan senarai harga |
|
ayam bakar |
Jadi, sekirannya korang dah sampai Kota Bharu, Kelantan, jangan lupa singgah di Restoran Yati Ayam Percik ni. Korang wajib datang dan rasa sendiri keenakkan ayam percik diorang.
Sebagai panduan untuk korang, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang mencari restoran yati ayam percik ni.
gps koordinat :
6°07'41.6"N 102°15'23.0"E atau
6.128210, 102.256388
No comments:
Post a Comment