Rumah Makan Terlajak Laris, Setia Alam |
Rupanya Dato Aliff Syukri, Abang terlajak laris yang ada banyak duit berganda-ganda tu, rupanya ada bisnes restoran selain dari produk jamu yang hot dipasaran sekarang ni. Dia tak namakan sebagai restoran tapi di namakan sebagai Rumah Makan Terlajak Laris. Ada banyak cawangan Rumah Makan ni. Yang aku terjah ni terletak di Setia Alam, Shah Alam Selangor. Dari jauh dah nampak muka Dato Aliff Syukri tu yang sebesar-besar alam depan restoran tu. Dari segi kehadiran pengunjung yang aku observe, ramai jugak yang datang. Kira full house la. Semua meja penuh. Orang pakat-pakat nak merasa makan di restoran ni.
Pengunjung dalam rumah makan terlajak laris |
Walaupun ramai orang datang ke Rumah Makan Terlajak Laris ni, harga setip menu kat sini agak mahal jugak la. Tapi niat nak makan jugak di Rumah Makan Terlajak Laris ni, hasrat diteruskan juga la kan. Bukan senang nak makan di tempat orang yang glamour ni...
Gambar-gambar dibawah ni antara menu-menu makanan yang famili aku order. Bukan aku makan sorang ek...ingat aku ni jin ke apa? hahahahahaha.....layannnnnnnn
tu diaaaa menu makanan yang sempat diorder. Kalau korang nak tengok menu-menu yang lain, aku sempat snap menu-menu yang ada siap dengan harga setiap menu sekali. Boleh tengok dalam gambar kat bawah ni.
Kepada sesiapa yang nak datang ke Rumah Makan Terlajak Laris ni. yang aku pergi ni terletak di Setia Alam, Shah Alam, Selangor. Alamat :
set asam pedas |
nasi arab (mandi chicken) |
set bawal |
char koay teow kambing |
spaghetti cabonara |
spaghetti bolognese |
roti john cheese |
western dan satay |
roti john dan char koay teow |
tom yam dan western |
sizzling dan patin & talapia Termeloh |
Arabian cuisine dan Thai corner |
float & ice blended dan asam pedas |
masakan kampung dan Indonesia taste |
No 15, Jalan Setia Dagang AJ,
U13/AJ Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor.
Aku sertakan sekali gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang mencari Rumah Makan Terlajak Laris ni.
gps koordinat : 3°06'28.4"N 101°28'05.7"E atau 3.107891, 101.468250
Woww...kena try nih
ReplyDeletesila-sila pi try...
Deletesempoi sedap ke?
ReplyDelete