|
Restoran Seam Dee Cafe, Bertam Kepala Batas |
Restoran Seam Dee Cafe ni adalah restoran yang kedua selepas
Restoran Mae Thai yang juga terdapat di Bertam, Kepala Batas ni. Tokey yang sama berdasarkan pekerja diorang yang bagitau kat aku.
|
dalam restoran Seam Dee Cafe |
Asalnya aku nak cuba makan masakan ala thai yang biasa-biasa je di restoran baru yang aku tak pernah try lagi. Bila nak order nasi goreng yang biasa aku order, diorang cakap kat sini tak buat yang goreng yang biasa kita makan tu. Kalau nak makan nasi goreng tu, kena pergi ke
Restoran Mae Thai yang tak jauh dari situ. Baru la aku tau
Mae Thai dengan Seam Dee ni sama tokey.
Yang special kat restoran Seam Dee ni adalah di sini makanan betul-betul makanan thailand yang ada rare la bagi kita di Malaysia ni. Selain tu di Seam Dee juga ada menu yang bakar-bakar. Ada juga diorang selit menu western. Tapi menu utama korang kena cuba la masakan thailand tu. Alang-alang dan sampai di sini, asalnya nak makan nasi goreng biasa-biasa je, terus terjebak dengan menu Seam Dee ni. Kat bawah ni ada dua menu makanan thailand yang aku order. Ada banyak lagi tau makanan thailand ni. Boleh rujuk buku menu.
|
phat thai |
|
nasi goreng seam dee |
|
daging bakar |
|
french fries (anak aku nak) |
Menu-menu lain boleh rujuk dalam gambar seperti di bawah ni. Maaf gambar kabur sikit....kemera goyang masa ambil gambar...hihihihihi
|
menu seam dee cafe |
|
buku menu |
Kepada sesiapa yang nak merasai sendiri makanan yang ada di restoran Seam Dee Cafe ni, boleh la datang ke Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Aku sertakan sekali gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang.
gps koordiant : 5°30'54.9"N 100°26'56.4"E atau 5.515243, 100.448986
No comments:
Post a Comment