Makan tengahari di Restoran Tok Keramat, Jitra, Kedah

Restoran Tok Keramat, Jitra Kedah
Restoran Tok Keramat ni memang femes kat area Jitra dan kawasan sekitar. trademark Restoran Tok Keramat ni adalah "paling murah di Malaysia". Murah yang macam mana tu kena datang sendiri la.

Banyak lauk seperti gulai utara, gulai kawah, ikan/ayam bakar, ayam goreng rangup, ulam-ulam dan sambal ada. Dan gerai western, roti canai, ice cream, durian crepe semua ada. Puding dan cake pun ada.
Restoran Tok Keramat, Jitra Kedah
Self service, lepas amik nasi lauk, bawak ke kaunter dan bayar. Air ais kosong percuma. Then, pergi kaunter minuman dan ambil air. Bawak family datang berbaloi la..boleh makan puas-puas.

Restoran ni jugak amik tempahan katering dan kenduri.
Tok keramat ni juga menyediakan tempat parking yang luas di dua tempat iaitu di sekitar restoran dan juga diseberang jalan. Walaupun tempat parking agak luas, namun kesesakan tetap berlaku disebabkan ramainya pengunjung yang datang...al maklum la femes...search je kat google kuar Restoran Tok Keramat.
Restoran ni juga ada perasmian pembukaan...jangan main-main ek. Yang merasmikan Restoran Tok Keramat ni adalah Ustaz Haslin Bin Baharim pada 20 Feb 2015 bersamaan 9 Jamadilawal 1436 Hijrah.
Makanan bakar-bakar


ikan bakar

sotong bakar (telur)

cendawan goreng

aku punya nasi campur

lauk goreng-goreng

mai pilih-pilih apa yang ada
Ada banyak lagi la yang ada. Itu antara yang aku sempat snap jer. Ulam-ulaman punya banyak. Selain korang ambil makan dan terus bayar dikaunter, korang boleh juga panggil staf diorang datang kira dimeja sekiranya korang ambil lauk banyak dalam bentuk hidangan...susah la nak pi tunjuk satu-satu di kaunter kan...
signboard besar
perasmian
ramai pengunjung
ramai pengunjung
parking
air terjun kolam ikan
parking
 Kepada yang tercari-cari Restoran Tok Keramat Jitra ni, aku sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.
gps koordinat : 6°15'11.7"N 100°25'25.6"E atau 6.253255, 100.423779

No comments:

Post a Comment