Restoran Bangkok Station tepi station minyak petron

restoran Bangkok Station
Restoran Bangkok Station ni bersebelahan dengan station minyak petron di Jalan Permatang Batu yang menuju ke Bukit Mertajam. Bangkok Station ni juga ada satu lagi restoran yang terletak di Bandar Perda. Boleh klik SINI untuk tengok Bangkok Station yang di Bandar Perda tu.
Tempat makan yang cantik dan unik dalam Bangkok Station
Restoran yang di sebelah Petron ni nampak cantik seolah-olah restoran eklusif untuk orang kaya-raya je..hahahahaha... Tapi sebenarnya bukan la macam tu, cuma kalau korang masuk feel dia lain macam sikit la...
Biasalah menu di sini, dah nama restoran pun Bangkok Station, menu pun semuanya ala-thai dan sedap-sedap belaka.
Untuk santapan aku kali ni di sini, aku order yang set A. Dalam set A tu ada ikan stim limau, tapi aku tukar ke siakap tiga rasa. Kemudian tomyam campur, daging goreng, kailan ikan masin, otak-otak seafood, telur dadar dan nasi untuk 5 orang makan. Aku tambah ayam goreng kunyit dengan fries untuk anak aku.
Set menu Bangkok Station

Siakap tiga rasa

otak-otak seafood

tomyam campur

kailan ikan masin

daging goreng

telur dadar

somtam

ayam goreng kunyit

french fries
Kepada yang nak datang Bangkok station ni, waktu operasi Isnin hingga Khamis bermula 12 tengahari - tengah malam. Jumaat dan Sabtu, 12 tengahari - 1 pagi dan Ahad bermula dari  5 petang - 1 pagi. Aku juga sertakan google map dan gps koordinat sebagai panduan dan rujukan korang.

gps koordinat : 5°21'53.1"N 100°25'45.2"E atau 5.364756, 100.429223

2 comments:

  1. Takda.tapi dekat ja dengan kedai ni ada masjid.jalan kaki ja :)

    ReplyDelete