Kalau nak makan masakan ala thai waktu tengahari di Seberang Jaya, mai makan di fourt court AEON BIG


Selera Tomyam Ala Thai, di food court AEON big Seberang Jaya
Kalau nak makan masakan ala thai waktu tengahari di Seberang Jaya, mai makan di fourt court AEON BIG. Salah satu gerai di food court ni iaitu Selera Tomyam Ala Thai, menyediakan aneka makanan/masakan ala thai. Yang bestnya di sini, korang boleh makan waktu tengahari. Biasanya la kan, kedai makan ala thai di kebanyakan tempat petang baru buka. Tak banyak yang buka dari awal pagi.
Makanan di sini sedap-sedap jugak. Korang boleh tengok senarai menu seperti dalam gambar di bawah ni.
Senarai menu makanan
Menu piliha aku kalau pergi mana-mana restoran masakan ala thai, biasanya aku pilih untuk makan nasi goreng paprik. So di Selera Tomyam Ala Thai ni pun aku nak makan nasi goreng paprik. Tapi aku tambah sikit telur mata.
nasi goreng dengan telur mata

paprik
Kalau nak datang sini, korang cari je pasaraya AEON BIG Seberang Jaya, pastu terus ke food court AEON BIG. Tak tahu AEON BIG kat mana? Nah aku kasi gps koordinat dan google map sebagai panduan korang.
gps koordinat : 5°23'19.5"N 100°24'32.5"E atau 5.388748, 100.409028
(nasi campur mami world ni salah satu kedai makan di food court tu)

No comments:

Post a Comment