Shopping di Bazaar Kemboja Parit Buntar, Perak


Bazaar Kemboja Parit Buntar, Perak
Bazaar Kemboja, Parit Buntar, Perak ni memang dah famous la.. Semua orang dah tahu tempat ni. Sebelum ada bangunan Bazaar Kemboja ni, diorang berniaga di tepi jalan pada hujung minggu sahaja. Sekarang dah buka hari-hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam. Yang hujung minggu tu pun masih berjalan seperti biasa.
Di Bazaar Kemboja ni, banyak barang pakaian yang dijual. Boleh kata hampir 80% yang jual pakaian terutamanya baju kurung wanita. Kalau nak tengok tempat ni bersesak-sesak dengan orang ramai, datang waktu musim-musim perayaan terutamanya nak sambut hari raya aidilfitri. Memang menjadi antara tempat tumpuan orang shopping di Parit Buntar ni.
ramai peniaga-peniaga di sini

Pelbagai jenis baju kurung
Banyak pilihan la untuk kaum-kaum ibu nak berpesta shopping...hihihi. Harga pun agak murah jugak la. Bazaar kemboja ni lokasinya dekat dengan kawasan kilang-kilang...Bangunan diorang ni pun rasanya bekas bangunan kilang jugak. Landmark paling mudah nak cari  Bazaar Kemboja ni, korang cari ECONSAVE. Ada simpang depan ECONSAVE ni, korang terus belok masuk. Nanti korang akan perasan la bangunan Bazaar Kemboja ni.
peta lokasi ke Bazaar Kemboja Parit Buntar
kalau masih tak dapat cari jugak, korang pakai je terus gps koordiant yang dah aku sediakan seperti di bawah ni. Boleh juga rujuk google map.
gps koordinat Bazaar Kemboja : 5°06'28.7"N 100°29'15.3"E  atau 5.107958, 100.487575

1 comment: