|
96 Roti & Teko |
Nak makan santai-santai ala-ala western boleh la datang ke 96 Roti & Teko di Bandar Perda, Pulau Pinang. Cafe ni dekat dengan bangunan baru. Dari bandar perda tu boleh tembus di jalan yanh menghala ke Bukit Mertajam. Kat sini aku rekomen korang makan sandwich. Korang boleh pilih jenis roti, boleh pilih flavor ikut selera korang...alaaaaa macam korang beli sandwich kat subway tu.
|
suasana dalam 96 Roti & Teko |
Selain tu ada juga menu yang disediakan ikut set yang dah ditetapkan. Ada set untuk lunch dan ada juga set untuk dinner. Sebahagian menu set tu korang boleh tengak macam kat bawah ni.
|
menu set 96 Roti & Teko |
|
menu set 96 Roti & Teko |
Aku makan santai-santai je kat sini, aku order sandwich dengan kopi (kopicino kot, tak ingat). Nama sandwich yang aku order pun aku dah tak ingat...haaahaha
|
sayang plak nak minum kopi ni..cantik sangat |
|
Sandwich |
Tetiba diorang kasi mini slice cake, maybe free gift or diorang tengah nak buat promotion aku tak pasti...dah bagi free aku bedal jer la..hihihihi.
|
kek percuma (tak pasti sentiasa dapat or hanya dalam tempoh promotion sahaja) |
|
banyak lagi flavor kek yang ada |
Kalau korang pun nak santai-santai makan di 96 Roti & Teko, boleh datang di kawasan bangunan baru Di Bandar Perda. Kondominium Proinence. Senang-senang korang follow je la gps koordinat kat bawah ni.
gps koordinat 96 Roti & Teko : 5°21'57.3"N 100°25'39.6"E atau 5.365929, 100.427669
No comments:
Post a Comment