Nasi Kandar Banjir RM3 ringgit, depan masjid papan Kampung pertama, Permatang Pauh


Nasi Kandar Banjir RM3

Kedai pakai khemah jer
Nasi Kandar Banjir RM3 ringgit. Jimat dan murah. RM3 ringgit ni korang kena ambil nasi lauk ayam dengan sayur je, baru di kira RM3 ringgit. Kalau ambil selain dari tu, kena harga lain la. So korang jangan konpius dengan harga tu, sebelum ambil lauk tanya la dulu tokey, yang RM3 ringgit tu camna kira...hihihiihi
Kedai nasi kandar ni betul-betul dekat dengan warung sarapan pagi bihun hangit dan bertentangan dengan masjid papan Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang. So pagi korang boleh sarapan dekat bihun hangit, tengahari korang boleh makan di nasi kandar RM3 ringgit ni..
Kalau ikut dari banner diorang tu, kedai ni buka dari pukul 9 pagi hingga 3 petang. Ada dua kari special di sini yang diorang sediakan iaitu kari power ketagih dan kari kambing 40 hari. Taktau la makan kari ni boleh ketagih macam mana. Kari kambing tu pun aku tak pasti kenapa 40 hari...kena pi tanya tokey..hahahaha..
kari kambing 40 hari dan kari power ketagih

nasi, ayam, terur masin, kobis, cili

nasi, ayam, bendi
Lain-lain info berkenaan dengan kedai nasi kandar RM3 ringgit ni, korang boleh rujuk business card diorang seperti dibawah ni.
Lokasi kedai ni seperti yang dah aku bagitau kat atas tu. Tapi kalau nak lagi mudah, aku bagi kat korang gps koordiant dan juga google map sebagai rujukan kot-kot korang nak datang ke.
gps koordinat : 5°23'16.7"N 100°25'04.0"E atau 5.387975, 100.417788

No comments:

Post a Comment