|
Restoran Mr Lob's Cafe, Bertam |
|
logo Mr Lob's |
Jarang-jarang kita jumpa restoran yang ada jual hidangan lobster. Agak mahal jugak la kalau nak makan lobster ni. Sebab tu kebanyakan kedai makan biasa-biasa takde lobster. Kalau korang rasa teringin nak makan si binatang lobster ni, di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang ada menyediakan hidangan lobster. Nama kedai pun Mr Lob's Cafe. So special menu dah tentu-tentu la si bintang lobster yang mahal tu. Harga setiap hidangan lobster tak fix. Ikut berat lobster tu. Kalau lagi besar dan berat, lagi mahal la korang kena bayar. Di Mr Lob's ni harga di kira ikut berat...RM19.90 untuk setiap 100gram. Kebiasaannya, berat lobster dalam average 400++ gram. So dalam RM80++ gak la sekurang-kurangnya. RM100++ pun ada jika pilih yang lagi besar. Selesai dah pilih lobster, korang boleh pilih hidangan/masak yang macam mana yang korang suka. Ada empat pilihan masakan iaitu lobster thermidor, bakes cheese aragosta, speghetti aragosta dan Mr Lob's special lobster.
|
lobster thermidor |
|
4 hidangan untuk lobster |
Daripada ke-empat-empat hidangan tu, diorang cadangkan kat aku untuk try lobster thermidor, sebab ramai yang order lobster thermidor kalau datang ke Mr Lob's ni. Rasanya? memang terbaik dan sedap betul, dengan sos yang creamy-creamy pun sedap....dan akhirnya sampai tinggal kulit je la lobster tu aku kerjakan...hihihi...
Kalau korang nak datang sini, senang je, restoran ni dekat Bertam, Kepala Batas. Dulu kat tempat lama yang juga di Bertam dan sekarang pindah ke bangunan baru. Dekat je dengan tempat lama. Aku kasi untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang kalau datang la....tokey Mr Lob's, kalau baca posting aku ni, belanja la aku king crab ke lobster ke...dah up masuk blog ni...hihihhii..
gps koordinat Mr Lob's : 5°30'54.8"N 100°26'55.1"E atau 5.515217, 100.448624
No comments:
Post a Comment