Jalan-jalan cuci mata di Kong Heng Square, Ipoh Perak

Kong Heng Square

pelbagai barangan kraftangan dan cenderahati ada di
 Kong Heng Square
Kong Heng Square yang terletak di Ipoh Perak ni merupakan salah satu tempat tumpuan orang ramai dan pelancong tempatan. Masuk ke sini aku rasa macam duduk kat Hong Kong plak. Apa taknya, komposisi kaum yang datang sini hampir 90% adalah kaum cina. Peniaga-peniaga di Kong Heng Square pun rata-rata berbangsa Cina.
Apa yang menarik di Kong Heng Square ni bukan la barangan jualan atau makanan, tapi pengunjung boleh menikmati permandangan klasik yang cuba di tonjolkan di sini. Keadaan dalam Kong Heng Square ni seolah-olah korang berada di zaman 50an, 60an yang mengembalikan ingatan nostalgia lama.
Dalam Kong Heng Square ni juga ada restoran yang agak besar dan nampak macam eklusif sikit. Nama restoran ni adalah Restoran Plan B. Restoran ni buka setiap hari bermula dari pukul 10pagi hingga 11malam kecuali Jumaat dan Sabtu, tutup 12malam. Walaupun aku tengok pelanggan yang datang tu ada yang pakai tudung (melayu), namun bagi aku, aku agak was-was nak makan situ. Status kehalalan diragui.
sebahagian bangunan lama yang masih jaga

lorong-lorong dalam Kong Heng Square

Plan B

akar-akar kayu yang memanjat dinding bangunan lama

Restoran Plan B
Tempat-tempat macam ni sesuai untuk mengabadikan kenangan gambar-gambar kahwin, tapi malangnya pihak Kong Heng Square tidak benarkan orang awam untuk photo-shoot gambar kahwin. Kalau nak bergambar saja-saja tu boleh jer, cuma gambar kahwin tak boleh... aku pun tak pasti kenapa tak boleh.
Kalau korang nak datang sini, cabaran yang paling susah adalah mencari tempat parking. Memang susah nak dapat. Ikut nasib la, kalau bernasib baik, dapat la korang. Aku dah 2-3 kali pusing masih tak dapat jugak. Last-last masuk parking berbayar.
Aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map untuk paduan korang. Bagi aku tempat ni biasa-biasa je..takde menarik pun. Tapi kalau korang suka suasana klasik dan antik, best la kalau datang sini.
gps koordinat Kong Heng Square : 4°35'48.0"N 101°04'40.3"E atau 4.596653, 101.077869 

1 comment:

  1. Wah! Best dapat gambaran suansana di Kong Heng Square dlm cerita di atas.
    Tksh atas semua info.

    ReplyDelete