Nasi lemak antarabangsa Kampung Baru Kuala Lumpur |
Nasi lemak antarabangsa Kampung Baru di Kuala Lumpur merupakan nasi lemak famous. Aku first time sampai kesini. Selama ni dengar dari kawan-kawan je dan juga dari blog-blog orang. Tak pasti la tang mana 'antarabangsa' tu... nampak macam warung biasa jer..hihihihi. Masuk ke Kampung Baru ni, masalah nak cari parking memang buat aku stress... rasa macam nak balik je.. Kalau taknak stress cari parking, ada juga parking berbayar. Tapi harga parking mahal nak mampos! RM5 ringgit sekali masuk walaupun ko just nak parking dalam 5 minit je. Tapi aku pejam mata la bayar juga 5 hinggit tu sebab dah nak muntah hijau cari parking tak jumpa-jumpa. Datang jauh-jauh nak kena try la juga nasi lemak famous seantero Malaysia ni...
beratur nak makan nasi lemak antarabangsa ni |
Apa yang aku perhati kat sini, ok la rasa nasi lemak ni. Ada pelbagai pilihan lauk pauk. Tempat makan takde la besar sangat. Kalau ramai customer datang, nampak macam pack sangat dalam warung nih. Masa aku datang plak, sorang pekerja, kira level makcik la...tanya toilet kat mana je pun, tapi dia punya jawapan cam sombong gila...husnuzonnn, mabye makcik tu datang bulan...kot la ada bulan lagi kukuikuikui...... Tahap kebersihan pulak aku tengok, boleh dibahaskan lagi... Secara keseluruhan, sebab ramai orang datang, tandanya orang suka la kot makan nasi lemak antarabangsa ni..
nasi lemak habuan aku makan malam |
Bagi yang nak memcuba sendiri makan nasi lemak antarabangsa ni, alamat nasi lemak antarabangsa ni, no 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. Mula beroperasi pada pukul 5 Petang setiap hari. Selain tu, korang juga boleh guna je gps koordinat dah juga google map seperti di bawah:
gps koordinat Nasi Lemak Kampung Baru : 3°09'44.7"N 101°42'14.5"E
No comments:
Post a Comment