|
Hassan Roti Canai, Padang Tembusu, Penaga |
Jalan-jalan cari makan diteruskan lagi memcari tempat makan yang menarik dan sempoi-sempoi. Pada kali ni aku berkesempatan untuk bersarapan pagi di Hassan Roti Canai yang terletak di Kampung Baru, Penaga, tepi Jalan Permatang Bendahari. Landmark sangat senang nak cari iaitu betul-betul di simpang tiga yang ada signboard Padang Tembusu seperti dalam gambar di atas.
|
mungkin 'hassan' sedang beraksi |
Anak aku makan bertambah roti canai di sini. Sekeping tak cukup. Total roti canai keseluruhan yang aku order adalah sebanyak 6 keping roti canai kosong dan sekeping roti sardin. Semuanya habis lincin sehingga menjilat jari. Bagi aku roti canai Hassan ni sedap la. Pagi-pagi ramai orang datang bersarapan di sini.
|
feveret minumam teh tarik |
|
roti sardin |
|
roti canai banjir |
Hassan roti canai ni persinggahan aku sebelum ke
Pasar Bisik, Kuala Muda Penaga untuk nak mencuba beli ikan pakai bisik-bisik. Memang laluan aku untuk ke Pasar Bisik tu, terjumpa Hassan Roti Canai ni, terus singgah le...Lokasi gps dan google map seperti di bawah:
GPS Hassan Roti Canai : 5°32'14.2"N 100°22'47.1"E
No comments:
Post a Comment