|
Restoran Nasi Lemak Nooraz |
Restoran Nasi Lemak Nooraz terletak di Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Nasi lemak kat sini special sikit sebab di sini nasi lemak lauk boleh pilih, boleh makan di kedai or boleh bungkus. Biasanya kalau nasi lemak lauk pilih ni, kita selalu tengok stall di tepi-tepi jalan je kan dan hanya untuk bungkus bawa balik. Pagi-pagi memang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersarapan di sini. Selain dibuka untuk sarapan pada waktu pagi, restoran ni juga buka pada sebelah malam. Banyak juga pilihan lauk yang ada. Sambal pun sedap. Nak ambil nasi lemak, kena beratur dulu, diorang yang tolong cedokkan. Selain menu utama nasi lemak lauk pilih ni, di Nooraz ni juga, ada disediakan menu pelbagai jenis roti bakar dari roti bakar biasa hingga ke roti bakar telur meleleh/goyang. Oleh disebabkan aku dah terlajak datang ke restoran nasi lemak nooraz ni, aku pun order la sekali dengan roti bakar tu.
|
pelbagai lauk pilihan untuk makan nasi lemak |
|
nasi lemak |
|
roti bakar |
Boleh la kalau korang nak cuba makan di sini. Selalunya pagi-pagi kita cari roti canai je kan. dah jemu makan roti canai, cari la pulak nasi lemak. Bagi orang tempatan, mungkin dah tahu tempat ni kat mana kan. Bagi orang luar, mungkin gps koordinat dan google map dapat membantu korang untuk cari. Boleh rujuk seperti di bawah:
GPS koordinat Restoran Nasi Lemak Nooraz : 5°31'09.1"N 100°29'01.1"E
No comments:
Post a Comment