Makan tengahari di Selera Warisan Abah, Taiping Perak

Selera Warisan Abah Taiping
Selera Warisan Abah ni terletak berdekatan dengan simpang traffic light yang ada penjara Taiping, penjara tertua di Malaysia. Juga simpang tersebut boleh terus ke taman tasik Taiping. Juga taman tasik yang tertua. Taiping banyak sejarah yang pertama. Selera Warisan Abah ni menyediakan juadah makanan tenghari. Banyak pilihan lauk-pauk yang ada. Kemungkinan kedudukan restoran ni yang strategik, senang nak cari, ramai jugak la aku tengok orang yang singgah makan.
pelbagai pilihan makanan
Disebabkan kedudukan yang strategik ni jugak, pemilik restoran mengambil kesempatan untuk mempamerkan sejarah Taiping di wall restoran untuk para pelanggan menambah knowlegde berkenaan dengan Taiping.
Sejarah Taiping di Wall restoran
Kepada yang berada di Taiping sekarang ni, yang tengah mencari-cari tempat makan tengahari, boleh la berkunjung ke sini. Lepas makan boleh pi rehat-rehat di taman tasik or pergi zoo ke or muzium ke...
alamat Selera Warisan Abah
Alamat lengkap macam kat atas tu. Kalau nak lagi senang, ikut je GPS koordinat yang ada sertakan seperti di bawah, juga boleh rujuk google map.
gps koordinat Selera Warisan Abah Taiping : 4°51'44.3"N 100°44'56.0"E

5 comments:

  1. Alhamdulillah... Terima kasih Tuan

    ReplyDelete
  2. Terbaik, pernah pegi makan di sana. Makanan banyak variety. Rasanya pun sedap.

    ReplyDelete
  3. Sedapp... Pelbagai variasi lauk pauk kampung..pekasam terbaik...

    ReplyDelete