D'Fiesha Licious Steamboat & Grill |
D'Fiesha Licious Steamboat & Grill ni terletak di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Malam-malam bila aku lalu depan kedai ni, ramai betul orang datang makan. Korang pun tahu kan, mana-mana kedai makan berkonsepkan Steamboat & Grill, kena masak sendiri alah macam Soeul Garden tu...
Harga per head aku tak ingat berapa, tapi korang boleh makan sampai kenyang la kat sini.
Ada dua perasa untuk steamboat sama ada tomyam(pedas) ataupun sup(tak pedas). Korang boleh refill sendiri kalau dah habis. Kuah ni adalah untuk korang celur/masak makanan seperti mee, megi, speggeti, sayur, sosej, sayur dan banyak lagi la ada.
Untuk yang grill pula, ada daging dan ayam yang diperab dengan pelbagai perisa perab yang sedap-sedap.
Selain tu pelbagai jenis seefood pun ada seperti udang, kepah, siput buluh dan banyak lagi lah....
antara makanan yang ada di D'Fiesha Licious Steamboat & Grill |
Dah ambil semua tu, pi masak sendiri kat atas meja korang. Di atas setiap meja ada disediakan dapur untuk steamboat & grill. Dapur tu menggunakan gas yang dalam tin, alah macam tin spray cat tu. Korang guna je, kalau gas habis, minta diorang refill kan balik.
steamboat & grill in action |
Kalau korang nak try makan di D'Fiesha Licious Steamboat & Grill, boleh cari di Bertam Walk, Bertam Kepala Batas. Selain tu korang boleh je guna terus gps koordinat dan google map seperti di bawah ni:
gps koordinat D'Fiesha Licious Steamboat & Grill : 5°30'54.7"N 100°26'54.4"E
No comments:
Post a Comment