|
Muzium Perak di Taiping |
Muzium ni terletak di Taiping Perak. Bangunan Muzium bertentangan dengan penjara Taiping. Penjara Taiping ini juga satu sejarah buat Taiping kerana penjara terebut adalah penjara tertua di Malaysia. Muzium ni sesuai la untuk bawa anak-anak datang sekurang-kurangnya boleh tambah knowledge diorang. Secara kasar aku boleh summarize kan muzium ni macam mana. Pertama sekali banyak dipamerkan tulang-tulang haiwan yang dicantumkan, haiwan-haiwan yang sempurna sifat yang diawetkan dan dipamer dalam almari kaca. Seterusnya dipamerkan juga warisan-warisan zaman dahulu dalam bentuk makanan, pakaian, peralatan dan sebagainya. Artifak-artifak pra-sejarah seperti kehidupan zaman batu ataupun zaman awal manusia juga ada di sini. Di luar bangunan pula, korang boleh lihat pelbagai kereta antik yang rare dipamerkan. Ada juga kepala keretapi lama dibahaigan luar dan yang paling mencuri tumpuan kanak-kanak adalah jet pejuang lama. Muzium ni ayah aku selalu bawa aku masa kecil-kecil dulu dalam tahun 80an, 90an. Sekarang giliran aku plak bawa anak aku..hihihi...apa yang aku lihat kebanyakan barang yang aku lihat masa aku kecil dulu, masih ada lagi sampai sekarang. Sebab tu la ia dipanggil muzium kan hahahaha...Kalau tiap-tiap tahun tukar barang pameran, apa cer? camna generasi sekarang nak faham cara hidup generasi yang terdahulu.
|
tiket masuk Muzium Perak |
Dulu-dulu masa aku kecil, free je nak masuk....Sekarang dikenakan tiket RM2. Ok la nak bawa anak-anak. Pasangan couple pun aku tengok ada datang. Tak tau la niat couple ni nak tambah knowledge or nak kill their time dating...kui kui kui..
Kat bawah ni adalah sikit gambaran muzium ni macam mana keadaannya. Kalau nak feel sendiri, kena datang la tengok depan mata.
|
tulang dan haiwan yang diawetkan |
|
Artifak-artifak sejarah |
|
warisan-warisan kehidupan orang dulu-dulu |
|
Pelbagai kereta antik yang rare |
|
jet pejuang dan patung penjajah |
Lokasi Muzium Perak ni, bila korang dah sampai di Taiping, cari penjara Taiping. Penjara ni di bahagian hujung taman tasik Taiping. Dah jumpa, Muzium ni ada je depan penjara tu. kalau nak lagi senang, follow je gps koordinat seperti di bawah.
gps koordinat muzium Perak : 4°51'36.6"N 100°44'43.9"E
No comments:
Post a Comment