|
restoran al-manara |
Al-Manara ni sebenarnya restoran nasi kandar yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Bukan setkat nak sarapan pagi, nak makan tengahari, makan petang, malam malam, makan tengah malam....semuanya boleh kat sini..itulah kelebihan kedai mamak sebenarnya. Cuma kali ni aku nak fokus kat sarapan pagi di sini. Apa yang aku tengok, ramai jugak orang pilih Al-manara ni untuk bersarapan pagi. Bukan setakat roti canai, nak makan yang goreng-goreng pun ada. Nak makan yang berat-berat a.k.a nasi kandar pun aku tengok ada jugak untuk sarapan...Minuman standard kalau datang kedai mamak, biasanya kebanyakkan orang order teh tarik. Untuk menu sarapan pagi aku kali ni, aku makan roti bom dan minum teh tarik.
|
dalam restoran al-manara |
|
teh tarik |
|
roti bom |
lokasi restoran nasi kandar Al-Manara ni, korang boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah:
gps koordinat restoran Al-Manara Sungai Besar: 3°40'28.6"N 100°58'55.2"E
No comments:
Post a Comment