Restoran ikan bawal ni, aku pun tak pasti alamat yang betul-betul tu macam mana. Kalau ikutkan alamat di google map, 236F, Gong Silong Tikam Batu, Kmapung Kepla Bukit, 08000 Sungai Petani Kedah. Tapi kalau nak senang guna je gps koordinat yang aku sertakan dalam posting ni, InsyaAllah akan di bawah terus ke restoran ikan bawal sungai petani ni.
|
restoran ikan bawal Sungai Petani |
|
suasana dalam restoran ikan bawal Sungai Petani |
Bila dah sampai, korang akan kompius lagi sebab signboard restoran tu bukan tulis restoran ikan bawal, sebaliknya 'restoran kari bawal sembilang'...hahahaha...korang jangan ke mana-mana sebab sememangnya korang dah sampai di restoran ikan bawal ni...
Disebabkan ada kari sembilang, aku pun nak cuba juga la nak rasa kari sembilang tu. Di samping tu ikan bawal pun aku order juga. Kari sembilang tu aku order untuk 2 orang makan. Bila aku ushar dalam kari tu berapa ekor yang ada, ternyata ada sekor ikan sembilang yang di potong empat. Agak pedas kari ni. Sambal belacan dan ulam-ulam tu standard mesti ada la kalau pergi restoran macam ni, macam kat
Wan Zai Bawal Goreng di Bandar Perda, Penang.
|
kari ikan sembilang |
|
ikan bawal goreng |
|
Ulam-ulaman |
|
sambal belacan |
Restoran ni menjadi tumpuan untuk makan tengahari bagi pekerja kerajaan atau swasta pada waktu rehat tengahari. Sekiranya korang berhajat untuk mencuba makan disini, boleh la datang sama ada korang dah tahu tempat ni or kalau tak tahu, boleh guna gps koordinat kat bawah ni.....
5°35'18.8"N 100°28'11.1"E
No comments:
Post a Comment