Selain nasi kandar Hameediyah yang ada di Lebuh Campbell, George Town, ada satu lagi maybe cawangan diorang yang terletak di Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang. Kat sini ada selesa sikit la dari segi parking. Kalau di belah pulau tu, agak susah untuk nak dapatkan parking.
|
Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru, Perai Pulau Pinang |
|
bahagian dalam Hameediyah |
Diorang aku rasa cuba untuk mengekalkan rasa nasi kandar hameediyah yang kat george town tu. Aku pun dan try makan yang dekat pulau tu, memang sedap..boleh tengok posting aku yang lepas pasal
Hameediyah tu...Kat Hameediyah dekat Jalan Baru ni, aku makan nasi briyani ayam set...so set yang aku dapat untuk nasi briyani ni cam dalam gambar kat bawah ni....satu je aku nak pesan, kalau cakap nasi briyani set je, diorang akan kasi standard lauk iaitu ayam kukus (kukus dalam nasi)..aku taknak ayam kukus tu, jadinya kena cakap ayam goreng.....
|
Nasi briyani ayam goreng |
|
gulai dalca |
|
bawang+timum+sambal |
|
kuah kari |
Boleh la korang cuba datang sini bagi yang duduk area Jalan Baru, Perai ni...tak payah susah-susah nak masuk ke pulau, nak hadap jem lagi, nak cari parking lagi.....so korang boleh tengok google map yang aku dah sediakan dan juga boleh pakai terus gps koordinat yang akan bawa anda direct ke hameediyah ni.....
5°22'19.4"N 100°24'43.8"E
No comments:
Post a Comment