Jika korang berada di area Simpang Ampat, Pulau Pinang, ada satu restoran masakan ala thai, seafood yang boleh korang cuba try tengok....Aku balik dari Jusco Bukit Mertajam, kebetulan lalu kat depan restoran ni, so aku pun singgah la sebab tengok signboard 'Wan Hashim Seafood' besar gabak kat tepi jalan seolah-olah ada daya tarikan magnet menarik aku ke arah restoran tu....makanya aku pun terjebak la untuk makan di situ.....
|
restoran Wan Hashim Seafood |
First time aku makan kat sini..menu standard la macam kedai-kedai makan yang lain..so aku order makan yang biasa aku makan kat tempat lain...makanan yang aku order tu ada yang ok, ada yang biasa-biasa saja...pendapat melalui tekak aku, lain tekak lain rasanya...lain orang lain citarasanya...nasi goreng paprik dan telur bistik biasa-biasa saja, tapi daging halia sedap...
|
nasi goreng paprik |
|
telur bistik |
|
sayur kangkung |
|
Daging masak halia |
Tengok kat gambar ada juga western food, tapi bila nak order, cuma ada chicken chop sahaja. So, order la jugak chicken chop tu sebab anak aku nak makan....Senarai menu-menu yang lain untuk korang cuba ada seperti gambar dibawah...boleh la korang pilih-pilih dulu menu feveret korang..
|
chicken chop |
|
senarai menu 1 |
|
senarai menu 2 |
Bagi sesiapa yang ingin ke Wan Hashim Seafood ni, boleh la rujuk google map yang aku dah tempek kat bawah ni...korang juga boleh guna gps koordinat yang aku sediakan juga dalam blog ni...selamat mencari dan menjamu selera aku ucapan kepada korang-korang......
5°19'01.1"N 100°27'40.8"E
No comments:
Post a Comment