Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
Popia basah yang famous di Taiping (medan selera Larut Matang)
Salah satu lagi tarikan makanan yang sedap di Taiping ni adalah popia basah di medan selera Larut Matang. Gerai ni di bahagian hujung sekali berhadapan dengan gerai jual satay. Aku dah banyak kali beli popia basah ni...memang resepi turun-temurun tak sama cam yang jual di pasar malam. Nak beli ni pun kena beratur panjang...ikut nasib korang la kalau sampai-sampai takde orang beratur lagi. Tapi diorang buat memang cepat dan pantas.
medan selera Larut Matang - popia basah famous ada di hujung sekali
proses membuat popia basah
pelanggan beratur untuk beli popia basah
Jadi, aku pun beli la 20 biji popia basah untuk di bawa pulang. Sempat juga aku rakam popia the making untuk korang tengok....video kat bawah ni....gps koordinat dan google map ada kat bawah sekali kot-kot korang teringin nak makan famous Taiping popia basah ni...
No comments:
Post a Comment