Tempat ni agak tersorok sikit, tapi bila dah sampai tengok orang penuh dalam kedai tu...parking pun penuh. Parking takde parking yang spesifik, korang kena pandai-pandai la ejas...Bila korang dah berjaya menikmati hidangan yang korang order, korang akan merasa sangat-sangat puas...tapi sebelum nak puas tu, ni aku nak story sikit....jeng jeng jeng......
|
Medan Selera Nelayan Bukit Malut, Kuah Langkawi |
|
Pelanggan menanti hidangan dengan penuh kesabaran |
Ok, apa yang perlu korang buat bila dah sampai sini? First korang kena pergi jenguk kat bahagian belakang-tepi kedai tu sebab kat situ la bermulanya segala hidangan makan malam korang hihihi...Kat situ korang tengok cam pasar jual ikan....harus diingat, bukan beli ikan untuk korang bawak balik masak sendiri, tapi korang pilih ikan fresh tu untuk dimasak sebagai hidangan makan malam korang kat situ la....
Ada juga buah-buah untuk hidangan sampingan korang....boleh pilih dan pilih dan pilih lagi......
|
Pelbagai makanan laut yang fresh sedia untuk dimasak |
|
Siakap sedang menunggu turn untuk ditukar menjadi makaan korang |
|
pilih yang mana berkenan |
Daripada hasil pemerhatian aku dengan ikan-ikan fresh ni, dan juga hasil perbincangan mesra dengan bini aku, maka kami secara sebulat suara telah memilih seekor ikan siakap (saiz besar), beberapa ekor sotong dan beberapa ekor siput buluh untuk dikorbankan buat makan malam kami. Untuk melengkapkan lagi hidangan makan malam kami, setelah mendapat persetujaan dari semua pihak, kami meng'order' menu tambahan iaitu sayur campur dan juga sup ayam yang sempoi terbaik sedap!
|
pilihan kami yang telah dipersetujui semua pihak |
Ikan siakap tu aku pilih buat siakap bakar disertakan dengan sambal. Sotong pada kebiasaannya aku suka dijadikan sebagai hidangan sotong goreng tepung, maka jadi ia sotong goreng tepung. Siput buluh pulak dimasak sambal yang ditambah dengan telur. Hasil daripada request aku tu, terjadi la hidangan seperti di bawah.........
|
Siakap bakar bersambal |
|
Sotong goreng tepung |
|
Siput buluh masak sambal |
|
Sayur campur |
|
Sup ayam yang super duper sedap |
Pasal sup ayam tu, memang terbaiklah...sedap satu hal, ayam dalam tu bukan yang style dipotong dadu yang biasa aku order kat kedai-kedai lain, tapi ayam tu memang ketul ayam...bukan seketul, malah berketul-ketul.....
Pada yang nak datang sini, ataupun korang tengah bercuti di Pulau Langkawi, aku rekomen la untuk korang makan kat Medan Selera Nelayan Bukit Malut ni.....cuma satu je aku nak pesan kat korang....korang kena prepare mental dan fizikal untuk menghadapi kesabaran menunggu makanan korang siap....penantian satu penyiksaan bak kat muda mudi yang dok bercinta tu...tapi berbaloi tunggu habaq hang!!!!!
Korang boleh guna gps koordinat kat bawah ni or pakai google map yang aku tempek kat bawah ni jugak.......
6°19'10.0"N 99°47'45.4"E
No comments:
Post a Comment