Kalau nak rasa masakan cina yang halal, korang boleh try kat sini. Restoran ni terletak di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang. Kalau nak try masakan cina kat kedai cina, mungkin kita tak berapa yakin dengan status kehalalan dia walaupun ada tulis 'pork free'. Aku dah banyak kali dah nak try makan kat sini. Kali ni baru berkesempatan. So aku makan besar gak la waktu tu...hahahaha..maklum lah dah lama dok mengidam...
|
Muhamad Loh - bahagian depan |
|
Muhamad Loh bahagian dalam restaurant |
Yang aku melonjak-lonjak nak try makan kat sini, bila aku tertengok rancangan jalan-jalan cari makan TV3. Apa yang special sangat kat sini sampai JJCM pun datang buat review. Aku masuk je restaurant tu, mata aku dok cari mana JJCM punya plat. Lama gak aku dok cari..rupanya JJCM bagi payung kat Muhamad Loh ni.
|
Jalan-Jalan Cari Makan TV3 - Muhamad Loh |
Dimsum anak aku memang suka betul. sampai dua kali order. Sedap gak laaku rasa dimsum ni. Dimsun ni diorang letak dalam mangkuk kayu style cina zaman dulu-dulu
|
Dimsum - restauran Muhamad Loh |
Makan besar aku bermula........untuk tatapan korang, aku sediakan makanan yang aku order. Siakap 3 rasa, ayam lemon , sayur campur, telur dadar...ni kategori makan besar aku la..makan besar korang mungkin lain..tengok bajet masing-masing.
|
Siakap 3 rasa |
|
Ayam lemon |
|
Sayur campur |
|
telur dadar |
|
Air bandung cincau |
|
juadah aku dah lengkap |
Sesiapa yang nak mencuba masakan cina ni, aku bagi kat korang kemudahan untuk mencari lokasi restauran Muhamad Loh ni. Ramai orang datang sini, pastikan korang juga turut berpengalaman di sini. Kepada tokey Muhamad Loh, sila bagi komisen kan aku..aku dah terlebih promote dah ni...kihkihkihkikih...
Gps koordinat: 5°31'02.4"N 100°27'02.2"
Google map:
No comments:
Post a Comment