Warung Pokok Asam - Nasi Daging

Makan nasi daging kat sini sempoi..Sedap gak la. Sup daging dia terbaik, daging yang dimasak lembut dengan kaedah kukus grill pangang (haha...yang ni aku tambah)..selain tu, kalau ada yang tak makan daging, boleh tukar dengan ayam goreng. Ayam goreng dia pun boleh tahan sedap gak. Selain sup, disertakan sekali dengan air asam dan jelatah (yang letak timum dengan nanas)..

Nasi Daging
sup daging
nasi daging lauk ayam
Satu lagi menu special yang orang cakap terbaik kat sini, which is cendol. Ni orang kata la...tekak aku makan cendol kat mana-mana rasa sama je..orang cakap lagi, cendol yang sedap bergantung dengan tahap kepekatan santan yang dia pakai..Justeru itu aku pun order la gak cendol yang sering diperkatakan tersebut...maka hasilnya adalah seperti gambar kat bawah ni....


cendol terbaik
pergh cendol lagi
 Warung ni buka untuk makan tengah hari sahaja..waktu buka ikut nasib...kadang-kadang dia tutup ikut suka dia je..biasa la dia bos dialah kuli..kalau dah order, tunggu punya tunggu punya tunggu, masih tak dapat-dapat lagi makanan, nescaya dia terlupa nak buat, kena remind diorang sekali lagi..

Kalau nak datang sini, warung ni dekat dengan sekolah kebangsaan permatang to' kandu, Kampung Pertama, permatang pauh, Penang..sebelah dengan auto car wash..Dekat je dengan highway BKE.. Kalau dari highway plus tu exit dekat roundabout masuk ke arah BKE, then ambil susur keluar..Dekat traffic light tu ambil kanan..akan nampak warung tu dalam 200m disebelah kiri jalan...
warong pokok asam
GPS = 5°23'33.6"N 100°25'04.5"

No comments:

Post a Comment