Satu tempat yang agak special untuk sarapan pagi, boleh try kat Arango Roti Bakar Arang. Tempat ni terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Diorang ada satu lagi cawangan kat Seberang Jaya. Tapi disebabkan aku try kat Kepala Batas, so gambar-gambar dalam post ni, semuanya di cawangan Kepala Batas. Aku pernah post pasal satu
warung roti bakar Adik Abang di Permatang Pauh. Yang kat Kepala Batas lagi best roti bakar dia...lagi banyak menu compare dengan yang warung adik abang tu. Kedai buka setiap hari untuk sarapan/breakfast sahaja. Kedai simple je, main pakai khemah pasar malam je, tapi customer ramai datang.
|
Arango roti bakar arang - tempat diorang masak |
|
Arango roti bakar arang banner |
|
Arango roti bakar arang - kawasan tempat makan pelanggan |
Roti kat sini, diorang pakai roti benggali. Semua menu berasaskan roti benggali. Macam-macam stail ada. Boleh rujuk menu kat bawah nanti. Aku and famili aku ada la try 2-3 menu roti bakar ni. Antara yang kitaorang try, arango beef cheese, arango sosej cheese, arango bread dan arango sosej.
|
Arango roti bakar arang - arango beef cheese |
|
Arango roti bakar arang - arango sosej cheese |
|
Arango roti bakar arang - arango sosej |
|
Arango roti bakar arang - arango bread |
Basic menu roti benggali bakar telur goyang. Yang lain-lain bergantung dengan menu apa yang korang pesan. Ada banyak lagi, korang boleh rujuk menu.
|
Arango roti bakar arang - menu 1 |
|
Arango roti bakar arang - menu 2 |
|
Arango roti bakar arang - menu 3 |
Kat mana ni! kat mana ni! kat mana ni!......meh ceq nak habaq...senang je nak cari..kalau exit tol bertam, ambil kanan menghala ke pekan Kepala Batas. Korang boleh nampak kedai tu belah kiri selepas klinik kesihatan dan sebelum pejabat pos Kepala Batas. Boleh juga guna gps koordinat atau google map yang aku sertakan kat post ni...
5°31'00.0"N 100°25'53.1"
No comments:
Post a Comment