Resepi sup tulang bawang goreng

Sup tulang bawang goreng
Sup tulang bawang goreng

Bahan:
  • 1 kg tulang
  • 5/6 biji kentang(belah ikut suka)
  • Rempah sup bunjut-1(akk guna adabi)
  • Sebiji bwng besar(belah dua n hiris)
  • 5 ulas bwng putih(ketuk n cincang)
  • 1 inci halia(ketuk)
  • 2 genggam bwng grng
  • 1 genggam daun sup/bwng(siap hiris)
  • 1sudu mkn serbuk lada hitam
  • Garam n perasa
Cara:
  • bersihkn tulang dan masukkan dalam periuk dengan air untuk merebus
  • masukkan rempah sup bunjut,bawang putih dan halia
  • setelah tulang separuh empuk..masukkan bawang hiris tadi dan kentang serta bawang goreng
  • setelah tulang betul empuk..masukkan pulak daun sup/bawang yang di hiris tadi..
  • masukkan lada hitam ,garam dan perasa
  • didihkan lagi dalam 10 min selepas masukkan lada hitam dan perasa supaya semuanya sebati...
  • Sebelum menghidang... Taburkan lagi bawang goreng Dan daun sup/daun bawang hiris
  • Siap!!!!
Selamat mencuba

RESEPI KARI AYAM PEKAT

KARI AYAM PEKAT
KARI AYAM PEKAT

Bahan bahan:
  • 12 ketul ayam
  • 2 biji kentang - potong 4
  • 1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
  • 6 ulas bawang putih - hiris
  • 3 inci halia - hiris
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan kotak
  • Air secukupnya
  • 10 sudu besar rempah kari 
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 pelepah daun kari
  • Gula
  • Garam secukupnya
Cara cara:
  • Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
  • Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.
  • Kuah kari ayam pekat seperti ini pasti sedap dimakan dengan roti jala. huhuhu...
Kredit resepi: Kuali Mama

RESEPI POTATO FRITTERS

POTATO FRITTERS
POTATO FRITTERS

Bahan:
  • 3 bji kentang
  • 4 sudu besar tpg jagung
  • 3 sudu tpg gandum
  • 1 bji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Daun bwg ataw daun sup
  • Udang ikut suka nak letak boleh, taknak pun takpa
Cara-cara:
Parut semua kentang dan campur semua bahan...gaul ja bagi rata...panaskan minyak ambil satu senduk adunan dan tuang tepi kuali bagi leper baru tolak dalam kuali...balik-balikkan hingga garing dan masak sepenuhnya...siap

Kredit Resepi: Siti Nardina‎ 

RESEPI SAMBAL KERING KENTANG CRISPY

SAMBAL KERING KENTANG CRISPY
SAMBAL KERING KENTANG CRISPY

Bahan-bahan:
  • 2 biji kentang
  • 6 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 sudu gula
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara:
  • Kentang dikupas kulit dan dipotong nipis. Kemudian di lumur dengan garam dan goreng garing (sebelum tu saya rendam kejap dengan air kapur, tak buat pun takpe).
  • Tumis bawang dan cili kisar sampai nampak sedikit garing. Masukkan garam dan gula, biar sampai pekat dan berkilat.
  • Matikan api dan biarkan sambal tumis sejuk sedikit baru masukkan kentang goreng. Gaul rata hingga semua kentang disaluti cili.